Ramadhan

Wednesday 24 October 2012

BLOG USTAZ ASRI: CIRI-CIRI ISTERI SOLEHAH

BLOG USTAZ ASRI: CIRI-CIRI ISTERI SOLEHAH: Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik da...

Jadilah Wanita Paling Bahagia


Jika ingin menjadi Wanita yang paling bahagia di dunia dan akhirat,
maka katakan:
TIDAK… Bagi perbuatan yang dapat mensia-siakan umurmu, seperti senang membalas dendam dan berselisih dengan perkara yang tidak ada kebaikan di dalamnya.
TIDAK… Bagi sikap yang lebih mengutamakan harta benda dan mengumpulkannya, kurang arif untuk menjaga kesihatanmu, kebahagiaanmu, dan waktu istirehatmu.
TIDAK… Bagi perangai yang suka mencari kesalahan orang lain, mengganjing aib orang lain (ghibah) dan melupakan aib diri sendiri.
TIDAK… Bagi perangai yang suka mabuk kepayang dengan kesenangan hawa nafsu, menuruti segala tuntutan dan keinginannya.
TIDAK… Bagi sikap yang selalu menghabiskan waktu dengan melepak, dan memboroskan waktu berjam-jam untuk bergurau dan bermain.
TIDAK… Bagi perilaku acuh terhadap kebersihan dan keharuman tubuh, serta masa bodoh dengan tempat tinggal dan ketertiban kejiranan
TIDAK… Bagi setiap minuman yang haram, rokok, dan segala sesuatu yang kotor dan najis.
TIDAK… Bagi sikap yang selalu mengingat-ingat kembali musibah yang telah lalu, bencana yang telah terjadi, atau kesalahan yang terlanjur dilakukan.
TIDAK… Bagi perangai yang melupakan akhirat, yang lalai membekali dirinya dengan amal soleh , dan yang lengah dari peringatan tentang kedahsyatannya.
TIDAK… Bagi perangai membuang-buang harta benda dalam perkara-perkara yang haram, berlaku boros dalam perkara-perkara yang mubah, dan perilaku yang dapat memangkas perkara-perkara ketaatan.
————–
YA… Untuk senyummu yang cantik, yang mengirimkan cinta, dan mengutus kasih sayang bagi orang lain.
YA… Untuk kata-katamu yang baik, yang membina persahabatan dan menghapuskan rasa benci.
YA… Untuk sedekahmu yang dikabulkan, yang membahagiakan orang-orang miskin, menyenangkan orang-orang fakir, dan mengenyangkan orang-orang lapar.
YA… Untuk kesediaanmu duduk bersama Al-Qur’an seraya membaca, merenungi, dan mengamalkannya, sambil bertaubat dan beristighfar.
YA… Untuk kesediaanmu berzikir, beristighfar, tenggelam dalam doa, dan sentiasa memperbaiki taubatmu.
YA… Untuk usahamu dalam mendidik anak-anakmu dengan agama, sunnah, dan nasihat yang bermanfaat bagi mereka.
YA… Untuk rasa malumu dan hijab (penutup aurat) yang diperintahkan Allah, kerana hanya itulah cara untuk menjaga dan memelihara dirimu.
YA… Untuk pergaulanmu dengan wanita-wanita yang baik dan takut kepada Allah, mencintai agama dan menghormati nilai-nilainya.
YA… Untuk baktimu terhadap ibu bapa, silaturahim pada saudaramu, menghormati tetangga, dan berlemah lembut terhadap anak-anak yatim.
YA… Untuk membaca sesuatu yang bermanfaat dengan menelaah buku yang menarik dan berfaedah, buku yang menyenangkan dan memberi ilmu.
Sumber : Dikutip dari buku “Menjadi Wanita Paling Bahagia di Dunia” – DR. Aidh al-Qarn


dari: http://akuislam.com/blog/renungan/menjadi-wanita-paling-bahagia-di-dunia/#ixzz2AH24Zhh2

Saturday 31 March 2012

Ilham 'Dia'

•►Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu, Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

••►Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu, Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

••►Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu, Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu. 

••►Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu, Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

••►Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu, Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

••►Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu, Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

••►Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya, Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu bersuara tatkala sendirian.
Hati seorang muslimah..Ya Allah,jadikan aku seteguh wanita solehah itu..
KEUNGGULAN MUKMINAH..
Aku ingin menjadi SITI KHADIJAH
menjalin agung sebuah cinta
menafkahkan hartanya fisabilillah
aku ingin sezuhud FATIMAHakur tanpa jelak setiap perintah
aku mengagumi dan mahukan
gedung ilmu SITI AISHAHaku ingin menyelami ketabahan SITI HAJARmenggendong puteranya yang masih merah
di tanah padang pasir yang merekah
bukannya aku ingin menjadi wanita penggoda
fitrah daripada sejarah SITI ZULAIKHA

pun jiwaku ingin sekudus RABIATUL ADAWIYAHtenggelam asyik dalam kenikmatan ubudiah
biar tersingkap segala hijab
dua cinta takkan bersatu dalam satu hati
lantas ku serah cinta ini
untuk yang MAHA MENGASIHI
pasrahku pada mennah perjuangan
bagai cekalnya hati ZAINAB AL-GHAZALIterluka, terseksa, terpenjara
terkurung jasadnya di celahan jeriji kaku
teguh istiqamah menjunjung aqidah dakwah
demi islam bukannya menyerah galang-gantinya

atau setidaknya aku mengimpikan
hidup semulia MARYAM JAMEELAHberteman pena menongkah arus kepayahan
ruh jihad ini perlu disemarakkan
dan biarlah aku yang menyemarakkannya
redhalah aku...redhalah aku
redhalah aku menjadi sayap kiri perjuangan
kan ku teguh menatang serikandi ummah
hanya kerana islam merindui
kemunculan peribadi
mukminah, muslimah, mujahadah
yang rela mati dalam keunggulan iman
terpanggung gagah bagai harumnya pusara 
MASYITAHTIKA ITU ISLAM KAN KU DAULATKAN

Ujian Allah

Ujian Allah iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada sesiapa saja yang selagi dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah SWT. Dalam kehidupan seharian ini, ujian Allah ini bergantung sejauh mana kecintaan kita terhadap yang Maha Pencipta.
Ada orang di uji dengan penyakit, ada yang terpaksa memelihara anak-anak yang cacat, ada yang suami penagih dadah, isteri yang ditinggalkan kerana perempuan lain, panas baran yang menyiksa isteri, malah ujian rumahtangga ini yang paling common sekali. Ada yang masih keci sudah diuji, dimana ibu bapa meninggal dunia, dirogol keluarga sendiri, diseksa ibu tiri dan macam-macam lagi di luar sana.
Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.
Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH SWT.
Ayat 2 Surah al-Ankabut, yang bermaksud,
"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt."
Suatu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi saw, "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?"...Lalu jawab Rasulullah saw, "Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin."
Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)
Allah s.w.t. berfirman "Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram" (Surah Ar-Rad:28)
Oleh itu dengan mengenal diri, seseorang akan tahu dimana kelemahan dan kelebihan yang ada pada dirinya. Dia juga akan tahu, bagaimana untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu ibadahnya kepada Allah SWT. Nabi SAW pernah  berkata "Sampaikan sesuatu, walaupun hanya dengan satu ayat"

Ketika Hati Seorang Muslimah Terluka

Ketika hati seorang muslimah terluka, 
ia akan menghapus air matanya dengan imannya,
ketika hati seorang muslimah terluka, 
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya, 
ketika hati seorang muslimah terluka, 
hati-harinya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya,k
ketika hati seorang muslimah terluka, 
ia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya, 
ketika hati seorang muslimah terluka, 
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia,
ketika hati seorang muslimah terluka, 
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya,
ketika hati seorang muslimah terluka, 
matanya basah oleh lembutnya hatinya,
ketika hati seorang muslimah terluka, 
dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar,
ketika hati seorang muslimah terluka, 
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya, 
ketika hati seorang muslimah terluka, 
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya,
ketika hati seorang muslimah terluka, 
tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya.
ketika hati seorang muslimah terluka, 
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna,
ketika hati seorang muslimah terluka, 
ia gunakan kesedarannya untuk menjaga perasaan orang sekitarnya,
ketika hati seorang muslimah terluka, 
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya,
ketika hati seorang muslimah terluka, 
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya,
ketika hati seorang muslimah terluka, 
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya, 
ketika hati seorang muslimah terluka, 
dia tetap meneruskan liku-liku hidupnya,
ketika hati seorang muslimah terluka, 
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar, 
ketika hati seorang muslimah terluka, 
ia dan dirinya tetap menjadi Muslimah.

Tabahkanlah hatimu duhai Musimah disaat dirimu terluka,
anggaplah ujian ini sebagai anugerah terindah dari-Nya,
kerana Dia ingin sentiasa dekat dengan dirimu, 
insya'ALLAH! Allah s.w.t sentiasa bersamamu.

Tuesday 27 December 2011

Mutiara KAta

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman